Satu sesi lawatan tapak surau dari Jabatan Perancang Bandar MBDK bersama AJK Pembangunan Surau TDP3 telah diadakan pada 22 Disember 2025.
Semoga ada sinar dan dipermudahkan urusan pembangunan surau ini.
Sunday, December 21, 2025
LAWATAN TAPAK SURAU OLEH PEGAWAI JABATAN PERANCANG BANDAR MBDK
Monday, March 3, 2025
Status Permohonan Kebenaran Merancang Surau Surau Taman Desa Permai
Alhamdulillah,
Permohonan kebenaran merancang telah dihantar kepada pihak OSC Majlis Bandaraya DiRaja Klang untuk penilaian dan proses seterusnya.
Untuk mendapat kelulusan, langkah seterusnya pihak konsultan akan berurusan dengan pihak agensi-agensi teknikal.
Sama sama kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita semua dalam merealisasikan pembangunan Surau Taman Desa Permai di kariah kita ini.
InSyaAllah
Monday, January 13, 2025
FAQ Pembangunan Surau Taman Desa Permai 3 (STDP3) sehingga 13/01/2025
FAQ Pembangunan Surau Taman Desa Permai
3 (STDP3)
Maklumat adalah sah sehingga 13/01/2025
1.
Apakah Status Semasa
Pembangunan Surau TDP3?
a)
Status Semasa Pembangunan STDP3
adalah sedang dalam langkah proses permohonan Kebenaran Merancang dari Majlis Bandaraya
Diraja Klang (MBDK)
b)
Konsultan Utama yang dilantik
sedang berurusan dengan pihak PBT bagi penyediaan dokumen dan keperluan bagi
pembangunan sebuah surau dikawasan tanah kepunyaan kerajaan.
2.
Berapakah kos terkini
bagi pembangunan Surau TDP3
a)
Konsultan Utama telah
membentangkan kos untuk pembangunan surau pada waktu ini adalah dalam
RM1,200,000.
b)
Pihak Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) telah memberikan kebenaran untuk pembangunan surau mengikut 2
fasa.
c)
Fasa 1 adalah sebanyak
RM600,000 dan Fasa 2 adalah sebanyak RM600,000 dimana pembangunan setiap fasa
adalah mengikut rekabentuk yang telah ditetapkan mengikut kelulusan pihak JAIS.
3.
Mengapa Pembangunan
Surau TDP3 secara fizikal tidak boleh dibuat terus buat masa ini?
a)
Pembangunan Surau TDP3 perlu
mengikut peraturan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Ini kerana tanah yang
ingin digunakan telah diwartakan sebagai tanah lapang dibawah Kerajaan Negeri.
b)
Pembangunan haram tanpa kelulusan
akan menjadikan pembangunan surau secara sah menjadi rumit dan memberikan impak
yang tidak baik untuk jangka masa panjang.
c)
Kelulusan tanah dari pihak SUK
Selangor, Rekabentuk dari Pihak JAIS dan juga Kebenaram Merancang dari PBT MBDK perlu mengikut turutan dan ianya
mengambil masa yang lama untuk kelulusan
4.
Apakah kekangan/halangan
dalam pembangunan surau sekarang?
a)
Kos terkumpul setakat ini di Pusat
Wakaf Selangor adalah RM330,000. Ia mencukupi untuk memulakan proses Kebenaran
Merancang bagi Fasa 1.
b)
Kos masih tidak mencukupi untuk
melengkapkan Fasa 1 iaitu kos keseluruhan sebanyak RM600,000.
c)
Kos juga masih tidak mencukupi
untuk pelaksanaan Fasa 2
d)
Sumbangan kewangan menjadi isu
utama bagi pembangunan Surau TDP3