Thursday, January 22, 2026
Tuesday, January 20, 2026
PERBINCANGAN DENGAN PIHAK YB DUN MERU YB PUAN MARIAM ABDUL RASHID UNTUK GERAK KERJA PEMBANGUNAN SURAU TDP3
Satu mesyuarat bersama pihak YB DUN MERU YB PUAN MARIAM ABDUL RASHID telah diadakan pada 21 Januari 2026 di PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN MERU
bagi membincangkan perkembangan pembangunan surau serta saranan untuk siri mesyuarat dengan jabatan jabatan kerajaan yang berkaitan bagi melancarkan proses pembanguanan surau ini.
Semoga dengan usaha yang ada ini dapat merealisaiskan pembanguan surau pada tahun ini.
Sunday, December 21, 2025
LAWATAN TAPAK SURAU OLEH PEGAWAI JABATAN PERANCANG BANDAR MBDK
Satu sesi lawatan tapak surau dari Jabatan Perancang Bandar MBDK bersama AJK Pembangunan Surau TDP3 telah diadakan pada 22 Disember 2025.
Semoga ada sinar dan dipermudahkan urusan pembangunan surau ini.
Monday, March 3, 2025
Status Permohonan Kebenaran Merancang Surau Surau Taman Desa Permai
Alhamdulillah,
Permohonan kebenaran merancang telah dihantar kepada pihak OSC Majlis Bandaraya DiRaja Klang untuk penilaian dan proses seterusnya.
Untuk mendapat kelulusan, langkah seterusnya pihak konsultan akan berurusan dengan pihak agensi-agensi teknikal.
Sama sama kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita semua dalam merealisasikan pembangunan Surau Taman Desa Permai di kariah kita ini.
InSyaAllah
Monday, January 13, 2025
FAQ Pembangunan Surau Taman Desa Permai 3 (STDP3) sehingga 13/01/2025
FAQ Pembangunan Surau Taman Desa Permai
3 (STDP3)
Maklumat adalah sah sehingga 13/01/2025
1.
Apakah Status Semasa
Pembangunan Surau TDP3?
a)
Status Semasa Pembangunan STDP3
adalah sedang dalam langkah proses permohonan Kebenaran Merancang dari Majlis Bandaraya
Diraja Klang (MBDK)
b)
Konsultan Utama yang dilantik
sedang berurusan dengan pihak PBT bagi penyediaan dokumen dan keperluan bagi
pembangunan sebuah surau dikawasan tanah kepunyaan kerajaan.
2.
Berapakah kos terkini
bagi pembangunan Surau TDP3
a)
Konsultan Utama telah
membentangkan kos untuk pembangunan surau pada waktu ini adalah dalam
RM1,200,000.
b)
Pihak Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS) telah memberikan kebenaran untuk pembangunan surau mengikut 2
fasa.
c)
Fasa 1 adalah sebanyak
RM600,000 dan Fasa 2 adalah sebanyak RM600,000 dimana pembangunan setiap fasa
adalah mengikut rekabentuk yang telah ditetapkan mengikut kelulusan pihak JAIS.
3.
Mengapa Pembangunan
Surau TDP3 secara fizikal tidak boleh dibuat terus buat masa ini?
a)
Pembangunan Surau TDP3 perlu
mengikut peraturan dan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Ini kerana tanah yang
ingin digunakan telah diwartakan sebagai tanah lapang dibawah Kerajaan Negeri.
b)
Pembangunan haram tanpa kelulusan
akan menjadikan pembangunan surau secara sah menjadi rumit dan memberikan impak
yang tidak baik untuk jangka masa panjang.
c)
Kelulusan tanah dari pihak SUK
Selangor, Rekabentuk dari Pihak JAIS dan juga Kebenaram Merancang dari PBT MBDK perlu mengikut turutan dan ianya
mengambil masa yang lama untuk kelulusan
4.
Apakah kekangan/halangan
dalam pembangunan surau sekarang?
a)
Kos terkumpul setakat ini di Pusat
Wakaf Selangor adalah RM330,000. Ia mencukupi untuk memulakan proses Kebenaran
Merancang bagi Fasa 1.
b)
Kos masih tidak mencukupi untuk
melengkapkan Fasa 1 iaitu kos keseluruhan sebanyak RM600,000.
c)
Kos juga masih tidak mencukupi
untuk pelaksanaan Fasa 2
d)
Sumbangan kewangan menjadi isu
utama bagi pembangunan Surau TDP3
Friday, April 8, 2022
SUMBANGAN DAN WAQAF PEMBANGUNAN SURAU TMN DESA PERMAI 3 MERU KLANG
Assalamu'alaikum wrt..
بسم الله الرحمن الرحيم...
SUMBANGAN DAN WAQAF PEMBANGUNAN SURAU TMN DESA PERMAI 3 MERU KLANG
anda boleh menggunakan kaedah kaedah dibawah.
1.Transfer Online Melalui Laman Web : https://toyyibpay.com/surautdp3
2. Transfer Online / Auto Debit
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun No.: 12319010010160
Nama : Tabung Pembangunan Surau Taman Desa Permai 3 Meru Klang
3. Melalui AJK Lantikan dari Wakaf Selangor :
☎️ Ust Abdul Basir B. Mohd Anuar P.P.T (Pengerusi) : 0193685864
☎️ En.Saiful Anuar B.Mohammad Dam (Setiausaha) : 0122757927
☎️ En.Norazmi B.Muhammad Sani (Bendahari): 0162706033
☎️ En.Mohd Ismawi B.Mohd Munawar (Timb.Pengerusi): 0192852043
☎️ En.Mazlan B.Yunus (AJK Penaja): 0163552805
Untuk makluman, Permohonan bagi membina sebuah Surau bagi kegunaan komuniti di Taman perumahan kami baru sahaja mendapat kelulusan drpd pihak JAIS & PWS. Anggaran kos pembinaan adalah sebanyak RM750,000-00 (tidak termasuk kos2 lain) dan buat masa sekarang Kutipan Dana masih belum mencukupi.
2. Sehubungan itu, kami ingin menjemput dan membuka peluang kpd tuan/puan semua untuk menyumbang dan berwakaf dlm Pembangunan Surau ini bagi menyempurnakan hasrat penduduk komuniti setempat serta sebagai tabungan untuk Akhirat kelak.
3. Segala sumbangan/WAQAF boleh disalurkan ke akaun rasmi surau :
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun No.: 1231 9010 0101 60
Nama : Tabung Pembangunan Surau Taman Desa Permai 3 Meru Klang
Jika Sumbangan adalah untuk tujuan wakaf sila isikan Borang B1 di https://bit.ly/TDP3WakafB1
dengan maklumat yang lengkap dan emailkan Resit Sumbangan Wakaf ke SurauTDP3@gmail.com
atau boleh
WhatApps resit sumbangan/WAQAF bagi tujuan rekod ke talian berikut :
www.wasap.my/+60162706033/SUMBANGAN+SURAU+TDP3
*Resit waqaf boleh guna bagi pelepasan cukai sebanyak 7% (individu) & 10% (Syarikat)
4. Segala sumbangan Dan waqaf tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
☎️ Ust Abdul Basir B. Mohd Anuar P.P.T (Pengerusi) : 0193685864
☎️ En.Saiful Anuar B.Mohammad Dam (Setiausaha) : 0122757927
☎️ En.Norazmi B.Muhammad Sani (Bendahari): 0162706033
☎️ En.Mohd Ismawi B.Mohd Munawar (Timb.Pengerusi): 0192852043
☎️ En.Mazlan B.Yunus (AJK Penaja): 0163552805
Firman Allah SWT bermaksud : "Bandingan (derma/sumbangan) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama saperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan ingatlah, ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan ALLAH Maha luas (rahmat) kurniaanNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya" (Al-Baqarah: 261)
JazakumuLLAH Khairal Jaza' kepada yang sudi menyumbang.
Lokasi Surau Taman Desa Permai 3 :
Thursday, May 14, 2020
Borang B1 Wakaf Selangor Untuk Surau Taman Desa Permai 3
Klik disini untuk isi online
Resit Rasmi Wakaf Selangor akan dihantar kepada penyumbang untuk pengesahan LHDN



